Followers

Monday, 11 June 2012

MY ANOTHER NOVEL I ALLREADY READ....^_^

 HAI SEPERTI MANA YG SAYA JANJIKAN INI ADALAH ULASAN TOK NOVEL YG SAYA DAH BAG I TEMA LAGU HARI TU....HOPE U ALL LIKE IT....^_^


"Kalau saya jatuh cinta dengan awak, saya akan potong rambut saya hingga paras telinga"

"Baiklah, kalau saya pula akan hias setiap sudut rumah ni dengan bunga matahari. Itu tandanya saya telah jatuh cinta pada awak."


ULASAN:-
BEST TAK MEMBOSANKAN JALAN CERITA YG MENARIK DAN SESUAI UTK DI BACA TIME BERSANTAI.....SAYA BAGI 5 BINTANG TOK NOVEL NI.....^_^


 SINOPSIS:-

Airin Natrah merupakan seorang mahasiswi yang belajar dalam bidang perakaunan dan berminat mereka cipta sepatu. Ketika menghadiri ‘masquerade party’, dia telah berkenalan dengan seorang lelaki kasanova bernama Irfan Mickael. Lelaki yang bertugas di awan biru ini mempunyai ramai teman istimewa. Airin Natrah tidak suka pada Irfan kerana lelaki ini selalu merendah-rendahkan kebolehan Airin Natrah membuat sepatu. Pada Irfan, itu semua hanyalah hangat-hangat tahi ayam sahaja. Sehingga pada suatu hari, Irfan mencabar Airin Natrah membuat sepatu untuk Embah Melati, iaitu nenek kesayangan Irfan. Sanggupkah Airin Natrah menerima cabaran itu?

ULASAN :-
ADA BANYAK PENGAJARAN YG KITA PEROLEHI DLM NOVEL NI....TERUTAMANYA WATAK LELAKI YG BERUBAH DARIPADA KASANOVA...KE WATAK LELAKI YG SETIA KEPADA CINTA.....SESUAI UTK DI BACA DIMANASAHAJA....^_________^


Sinopsis
Khalisya merintih kala dipaksa kahwin dengan Shahriman, anak ketua kampung. Dia tidak mampu mencintai lelaki itu kerana cintanya hanya untuk Ryan Kumar, jejaka India yang tampan mirip Shahid Kapoor. Demi ayah, ibu dan adik... dia terpaksa akur.

Rumah tangga yang tidak memberi apa-apa erti itu berakhir jua. Dia kembali mencari cinta hati yang
ditinggalkan. Dia tidak menduga Ryan masih seperti dulu, teguh menanti bersama kasih seluas bumi. Namun, Ryan pula terpaksa pergi. Dia harus ke tanah Delhi menuruti keluarga tercinta.

Khalisya merelakan setelah Ryan melafazkan janji, membuatkan dia begitu ampuh menjadi perindu yang setia. Malangnya, dia dibiarkan menanti tanpa khabar berita sehinggalah Nazriel muncul mengikatnya
dengan tali pertunangan.

Namun, Rayyan Khuzairi hadir membawa watak Ryan dalam diri lelaki itu. Khalisya dibadai tsunami rindu yang bergulung-gulung. Dia masih cintakan Ryan. Dia hanya mahu bersama Ryan. TUHAN, tolonglah...

“Selagi laut memerintah ombak supaya jangan berhenti mendakap pantai... selagi itulah aku akan selalu mencintai dan merinduimu!

ULASAN:-

NOVEL YG AMAT MENYENTUH HATI BAGI SESIAPA YG MEMBACANYA.....KERANA IA MENGUJI KESETIAAN CINTA DI ANTARA UDA DAN DARA YG BERBEZA KAUM ,BANGSA DAN AGAMA.....KEMUDIA WUJUDNYA ORG KETIGA YG CUBA UTK MEMISAHKAN MEREKA...BETUL2 SEDIH.....SYABAS BUAT PENULIS NOVEL NI KERANA MAMPU MEMAINKAN EMOSI PARA PEMBACA TERUTAMANYA SAYA......*_____*
SAYA BAGI NOVEL NI 5 BINTANG....

1 comment:

  1. novel cantik seindah bulan tu mmg best giler.. novel pertama penulis pun best.. ANUGERAH CINTA.. ^^

    ReplyDelete