Followers

Friday 22 June 2012

baiklah spt yg saya janjikan ini dia novel/novelis buku yg menjadi pilihan di hati saya di mana setiap karia dan hasil penulisannya amat saya gemari dan sentiasa menati karya beliau utk yg seterusnya......^_^


tak lain tak bukan novelis ANITA ARUSZI/MAZNI AZNITA.....


COVER YG BARU(HANYALEH DI DPT SECARA ON9 JE)
 DEDALU DI HATI - Anita Aruszi
COVER LAMA



Sinopsis...
Sepanjang malam dia di sisi Aleya. Tak puas-puas dia menatap wajah gadis itu. Wajah Aleya kelihatan comel dalam tidurnya. Mengingatkan peristiwa dia mengucup dan memeluk Aleya di perhentian teksi tadi, Hadzril tersenyum sendiri. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia bertindak begitu. Segala-galanya berlaku tanpa dirancang...

Irina memerhati gerak-geri Hadzril yang tekun menyiapkan kerjanya. Dia leka memerhatikan wajah Hadzril. Dari kening lebat itu sehinggalah ke tulang pipi dan bibir Hadzril, segala-galanya cukup indah baginya. Wajah tampan itulah yang diinginkan menjadi pelindung dalam hidupnya. Dia ingin tua bersama Hadzril. Dia ingin mengecap bahagia bersama lelaki itu. Itulah impiannya, itulah harapannya.

ULASAN:-

CERITA YG MENARIK DAN MENYENTUH HATI PARA PEMBACA......SAYA SUKA JALAN CERITANYA...YG AMAT MENYENTUH HATI....SAYA BAGI 5 BINTANG TOK NOVEL NI....^_^
HOPE U ALL TO...CAN FEEL IT....


Bunga Syurga - Anita Aruszi












Tajuk Novel : Bunga Syurga
Karya : Anita Aruszi
Penerbit : Kaki Novel

Riffki - Dia melihat cinta pertamanya dalam wajah suci sang gadis yang dahagakan secangkir kasih. Namun dingin hati lelakinya terus menolak kehadiran rasa dalam diri. Pertemuan demi pertemuan membibit rasa rindu. Tetapi sayang yang tidak terucap seumpama racun menjalar. Bila hati semakin tidak tertahan, kesakitan terasa perit mencengkam. Cinta sepatutnya memberi, mengasihi dan menerima. Tetapi cintanya hanyalah menyakiti, mengasari dan menyeksa diri. Semakin banyak dia memberi, semakin jauh cintanya lari.

Hijjaz - Hablur-hablur rindu sudah lama ternoktah dalam hidupnya. Kesepian membuatkan dia sering bermimpi di siang hari. Namun tidak pernah terlintas di mindanya akan terbit satu saat di mana dia mula merindui insan yang terlalu berbeza. Namun menyayangi lelaki itu bagaikan menyayangi bayang-bayang sendiri. Semakin jauh dikejar semakin dirinya ditinggalkan. Suatu masa dia sudah lelah mengejar bila hakikat maha nyata terhampar di hadapan mata. Mungkin ini takdir azali, satu langkah abadi membongkar sebuah tragedi.
............................................................................................................................

Mengisahkan hidup Riffki yang menjadi porak peranda kerana kekasih hati terkorban di dalam satu letupan bom. Menjadi seorang yang pemberontak, pemarah dan egois sebagai perisai demi untuk menyembunyikan lara hati. (Sebenarnya saya tidak suka dengan watak lelaki yang lemah seperti ini.) Kehidupan yang penuh emosi membuat hati Nurul Hijjaz sesak. Berhadapan dengan Riffki sehari-hari adalah tidak mudah. Namun hati luhurnya pasrah penuh ikhlas.

Nurul Hijjaz wanita cekal yang hidupnya penuh luka dan duka tetapi kuat untuk menerima kenyataan hidup. Kekuatan cerita ini terletak pada Nurul Hijjaz yang digarap oleh penulis dengan begitu baik dan jelas sekali. Berbanding dengan watak Riffki yang saya rasa agak kabur dan kurang tepat. Mungkin juga penulis adalah seorang wanita maka beliau tidak begitu mahir dalam menyelami hati seorang lelaki.

Jalinan kisah yang selalu menjadi pilihan antara penulis-penulis muda masa kini. Berperang dulu kemudian jatuh cinta. Dan ianya disulami pula dengan cinta tiga segi antara Riffki, Nurul Hijjaz dan Daniel. 


ULASAN:-
BEST CERITA NI...NOVEL NI LAH YG SAYA PALING SAYANG...JALAN CERITA DAN PLOT2 YG TERATUR DAN MENARIK.....SAYA BAGI 5 BINTANG TOK NOVEL NI.......


Tiada Sepertimu










Tajuk Novel : Tiada Sepertimu
Karya : Anita Aruszi
Penerbit : Kaki Novel
Terbitan : 2010



Sesiapa saja yang pernah membaca cerita ini di halaman blog penulis mesti tertunggu-tunggu akan kemunculan novel ini. Pasti berebut-rebut ingin memilikinya. Termasuklah saya! huhuhu.. Oh, saya suka sangat novelnya kali ini. Mungkin kerana ia kena dengan citarasa saya. Ternyata setelah beberapa buah novel dipasarkan penulis sudah semakin mahir mengolah cerita agar lebih lancar dan kemas walaupun slow and steady, lebih mencuit rasa dan lebih membulatkan mata pembaca setiap kali menatapnya. Pokok pangkalnya segalanya lebihlah. Cuma hanya satu perkara saja yang saya tak tahan. Banyak sangat adegan simbah menyimbah air minuman. Apa-apa pun ianya tidak mencacatkan perjalanan cerita yang menarik ini. Novel cinta mengasyikkan yang dicampur sedikit rempah suspen dan thriller. Kalungan tahniah untuk penulis.

Zara Melissa, cantik nama heroinnya, namun garang dan keras kepala, cuba sedaya upaya melindungi ibunya yang cantik menawan dari menjadi mangsa lelaki. Mengetahui ibunya, Rubiah, kononnya menjalin hubungan dengan Keifli, lelaki yang lebih muda, Zara mula bertindak di luar dugaan untuk memisahkan mereka. Namun Zara tidak mengetahui niat dan rahsia sebenar di sebalik hubungan Rubiah dan Keifli. Tindakan Zara yang agak keterlaluan akhirnya membawa masalah kepada diri sendiri. Dia diculik dan terpaksa bekerja di restoran milik Kiefli untuk menebus kesalahannya.

Kiefli seorang lelaki yang memendam seribu macam perasaan. Masalah dengan Camelia, Intan, Rania... alamak, ramai pula teman wanita si Kiefli ni ye... tak kurang juga masalah keluarga yang meragut nyawa adiknya sering membuatkan dia merasa ingin melarikan diri. Namun sejak bertemu dengan Zara hatinya menjadi seronok untuk mengusik si gadis cengil ini. Bercakap dengan Zara tiada istilah lemah lembut. Berkau aku saja. Ada saja hal yang tidak kena menjadi modal perbalahan mereka berdua. Walaupun bergaduh sebenarnya hati masing-masing saling merasakan suatu perasaan yang sukar dimengertikan. Sudah tentu saya mahu pun anda tahu perasaan apakah itu. :)

Perkahwinan Zara - Keifli pada mulanya adalah atas dasar satu perjanjian dengan Rubiah. Baik Keifli mahupun Zara masing-masing mempunyai agenda tersendiri untuk meneruskan perkahwinan. Ikatan suci murni lagi halal sudah tentunya mempunyai rahmat dan nikmat tersendiri yang Tuhan berikan. Perasaan halus yang disimpan diam di lubuk hati mula bercambah. Setelah mengenali hati budi masing-masing, susur galur keluarga, ternyata apa yang disangka selama ini tidak benar. Daripada benci menjadi sayang. Daripada kesunyian kini sudah saling memerlukan. Namun dugaan di dalam berumah tangga tetap singgah di dalam kehidupan mereka.

Zara resah bila Intan, kekasih lama Keifli hadir kembali di dalam hidup suaminya. Ingin menagih kasih yang telah lama berkubur. Dalam masa yang sama Rania pula yang 'kurang waras' cuba menjebak Zara menjadi mangsanya untuk memiliki Keifli. Dapatkah Keifli menyelamatkan Zara dan berterus terang tentang cinta terhadap isterinya? Jangan risau, penamat untuk cerita ini adalah happy ending. Lega!

...................................................................................................

Keifli Benjamin dan Zara Melissa... kedua-duanya punya agenda tersendiri ketika diijabkabulkan. Keifli ingin melarikan diri dari kehidupan lampaunya yang 'kotor' manakala Zara pula ingin menyelamatkan mamanya. Akhirnya mereka hidup sebagai teman serumah, yang tidak berhutang apa-apa di anatara satu sama lain.

Hidup bersama Zara tidak pernah mudah buat Keifli. Ada sahaja yang tak kena di mata Zara. Jenuh Keifli menjaga hati isterinya yang tidak boleh disentuh itu.

Kalau dah hidup sebumbung, mustahil perasaan masing-masing tidak tercuit. Namun keegoan yang menggunung tinggi mengekang masing-masing meluahkan perasaan yang terbuku.

Keifli yang hampir dapat melupakan Intan, kekasih lamanmya yang tergugat dengan kemunculan semula gadis itu. Begitu juga dengan kemunculan semuala Rania, rahsia hitamnya yang sering menghantui emosinya. Zara yang tidak berdosa telah menjadi sasaran utama Rania.

Keifli penasaran. Sempatkah dia meluahkan perasaannya pada Zara? Sempatkah dia menyelamatkan Zara daripada jatuh ke dalam perangkap Rania? Bolehkah Zara menerima kehidupan lampaunya yang 'kotor' itu?

ULASAN:-
SEBUAH LAGI KARYA YG MAMPU MENARIK HATI DAN MINAT PARA PEMBACA...TERUTAMANYA KAKI NOVEL......ENJOY BACA NOVEL NI.....SO SWEET DAN JALAN CERITANYA OK DAN MEMANG SESUAILAH DGN JIWA SAYA.....


 

Street Vendetta











Tajuk Novel : Street Vendetta
Karya : Mazni Aznita
Penerbit : Buku Prima
Terbitan : 2009


Mungkin inilah takdir aku! Sampai bila-bila pun aku takkan berjaya memperolehi cinta yang aku harap-harapkan, bisik Kojie sambil menarik nafas panjang. - Kojie

Lidah Anabella serta merta kelu seribu bahasa. Tatapan mata Fakruzi membuatkan dia berada dalam keadaan serba salah dan bingung. This is totally a mess. Takkan dalam sekelip mata, Fakruzi boleh menyukainya! - Anabella

"Maafkan aku Kojie kerana hanya baru sekarang aku cuba mengenali siapa kau yang sebenarnya. Baru sekarang aku cuba menggali semula wajah yang hilang dari ingatan aku." - Anabella

Tidak! Dia mungkin hilang dirinya, tapi dia tidak boleh kehilangan Anabella. Meskipun dia tidak ingat siapa Anabella sebelumnya, dia tidak ingat tentang pengalaman yang ditempuhinya bersama Anabella ke Cherating seperti yang diceritakan gadis itu padanya dulu namun ada sesuatu yang dia benar-benar pasti. Sesuatu yang memberi kekuatan dalam dirinya. Dia pasti - Fakruzi

"Itu sajakah yang kau nak cakap pada aku? Setelah selama ini kau permainkan aku macam orang bodoh. Kau tahu aku merindui kau, tapi kau hanya berpeluk tubuh. Kau biarkan aku tertanya-tanya dan macam orang gila memikirkan siapa kau dan siapa Fakruzi." - Anabella

*****************************
Sinopsis :-Anabella si gadis hipokrit bermata duitan yang gemarkan kekayaan dan gemarkan status. Kojie, si jejaka selekeh..bergaya punk dan sukakan kesederhanaan. Bila kedua-duanya bertemu, dunia seakan mahu runtuh. Kerana sebuah kereta, kedua-duanya dipertemukan dalam situasi aneh. Kerana mengejar sebuah cinta, kedua-duanya saling cuba memahami.

Cinta Anabella pada Iqbal membawanya ke Cherating ditemani Kojie, si selekeh yang baik hati. Misi Anabella cuma satu, mahu merebut Iqbal dari tangan si Tumirah Kuncup aka Mira. Namun di sana dia mula memahami sesuatu yang cinta monyet sewaktu remajanya tidak lagi sama seperti yang diharapkannya.

Perpisahannya terakhirnya dengan Kojie di Cherating entah kenapa sering membuahkan rindu. Anehnya bila dia bertemu Fakruzi, si jejaka tampan yang memiliki iras senyuman Kojie, Anabella mula dihimpit keliru. Siapa Kojie? Siapa pula Fakruzi? Semuanya akan terjawab di dalam Street Vendetta. Love is always a beautiful things in our heart. Sweet and Sour!!
.............................................................
Karya dari penulis novel cinta yang sedang meningkat naik, Anita Aruszi atau Mazni Anita, ini agak lain sedikit berbanding dengan karyanya yang sudah-sudah. Cerita ini berbentuk kisah cinta humor bercampur misteri. Jalan bahasa yang agak sempoi pasti menarik peminat-peminat novel cinta dari kalangan remaja. Membuatkan pembaca bisa tersenyum dan mungkin tertawa berdekah-dekah membaca novel ini. Sesekali saya merasa seperti membaca novel chick lit inggeris pulak. Apatah lagi bila penulis mewujudkan watak Anabella yang agak 'daring' dan licik dan Kojie yang ala-ala brutal pada awalnya. Di samping itu ada juga watak mistik iaitu Nenek Telangkai. Walau bagaimanapun terkadang saya rasa ada juga adegan yang agak tidak logik ditampilkan dan kurang berkesan humornya. Contohnya seperti airmata Anabella yang mengalir seperti paip air dan budak lelaki yang tersangkut di kaki Kojie. Memandangkan ini adalah percubaan pertama maka ianya boleh dimaafkan. Mungkin lain kali penulis dapat memperbaiki lagi kelemahan yang ada.

Taktik licik separuh 'gila' Anabella demi untuk mengelak dari kereta Waja Cam Pronya ditarik oleh si penarik kereta, Kojie, memang kelakar. Sudah banyak kali Kojie kena tipu dengan Anabella. Lelaki punk dan ala-ala ganas seperti Kojie boleh terpedaya dengan tipu helah si gadis kecil molek seperti Anabella? Hahaha.. Nak tergelak rasanya. Lalu akhirnya di suatu hari dia menyusup masuk ke dalam kereta Waja Anabella memandangkan di ketika itu hujan mulai turun dan kebetulan kereta tidak berkunci. Mulai dari sini berlakulah insiden-insiden yang mencuit hati.

Di pertengahan jalan ke Cherating mereka menumpangkan seorang nenek yang ketinggalan bas untuk pulang ke rumahnya di Gebeng. Entah kenapa Anabella merasa kurang senang dengan kehadiran nenek itu bersama mereka. Mungkin ada sesuatu tentang nenek itu yang menyeramkan Anabella. Sampai di Cherating alangkah terkejutnya Anabella dan Kojie pabila mereka berjumpa dengan pemilik resort yang rupa parasnya sama dengan nenek yang menumpang kereta mereka. Misteri sungguh!

Pertemuan antara Iqbal dan Anabella akhirnya merungkaikan satu rahsia yang selama ini disorok oleh Mira. Kiranya Mira ni seorang yang boleh diibaratkan sebagai kawan makan kawan dan bagaikan gunting dalam lipatan. Mira mahukan Iqbal untuk dirinya walaupun selama ini Mira mengetahui Iqbal menyintai Anabella. Pertunangan Iqbal-Mira akhirnya dibatalkan. Pada awalnya Anabella memang bertujuan untuk mencurahkan hasrat hatinya yang selama ini terpendam untuk Iqbal. Tetapi setelah melalui berbagai peristiwa bersama Kojie dalam perjalanan ke Cherating sedikit sebanyak telah merubah gerak hatinya. Pada siapa sebenarnya hati Anabella ingin diserahkan? Di saat Iqbal mula menyintai dirinya hati Anabella tiba-tiba teringatkan Kojie.

Kojie pula panas dingin melihat keintiman perhubungan Anabella-Iqbal. Entah kenapa hatinya amat terusik pabila mengetahui Iqbal sanggup membatalkan pertunangannya dengan Mira semata-mata kerana ingin memiliki Anabella. Lambat mengambil tindakan akhirnya mahu atau tidak Kojie terpaksa merelakan Anabella pergi bersama Iqbal meninggalkan dia sendirian di Cherating. Di saat Kojie dilanda kekecewaan, muncul Nenek Telangkai menasihatinya supaya pulang ke KL dan menunggu Anabella di sana.

Berbulan tidak berjumpa dan tidak mendapat khabar berita dari Kojie, Anabella masih mengenangkan lelaki itu. Insiden kecurian dompet menemukan Anabella dengan seseorang yang begitu mirip sekali dengan Kojie. Hampir terpana Anabella menatap Kojie yang telah berubah total penampilan dirinya. Malangnya lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai Fakruzi, bukannya Kojie. Namun di mata Anabella dia sangat yakin bahawa lelaki itu ialah Kojie. Sudah beberapa kali Anabella cuba meyakinkan bahawa Fakruzi adalah Kojie dan mereka pernah bertemu tetapi seakan-akan Fakruzi blur dan tidak tahu apa-apa. Kenapa Kojie bebuat begitu? Apa yang sudah berlaku kepada Kojie? Jeng jeng jeeeng... kata penulis ini di blognya, belilah novel ini kalau ingin mengetahui kisah selanjutnya. huhuhu....


ULASAN:-
PERCUBAAN YG BERANI DARIPADA PENULIS NOVEL DEDALU DIHATI DAN BUNGA SYURGA....NI.....JALAN CERITA YG AGAK LAIN DARIPADA NOVEL2 NYA YG SEBELUMNYA....ADA SEDIK HUMOR DAN LAWAK YG DI SELITKAN KE DLM NOVEL NI....MEMANG BEST PLOT DAN OLAHAN CERITANYA.....TAK JEMU PARA PEMBACA UTK MEMBACANYA...RASA NAK BACA DAN BACA LAGI UTK KEBERAPA KALI...SYABAS....BUAT PENULIS NOVEL NI.....
 

Rembulan Berdarah










Tajuk Novel : Rembulan Berdarah
Karya : Anita Aruszi
Penerbit : Kaki Novel
Terbitan : 2009


DIA tidak pernah meminta apa-apa. Cukuplah sekadar dia disayangi. Dan ibarat sang puteri di dalam cerita dongeng, dia bertuah kerana disayangi semua orang meskipun hakikatnya dia hanyalah anak orang gaji di rumah Zainal Ikram. Di situ juga persahabatannya dengan anak tunggal Zainal Ikram, membuahkan erti kasih yang cukup tulus.

NAMUN mimpi tak selalunya indah, apabila pembunuhan Zainal Ikram menjadikan ayahnya suspek utama. Dan kebencian Engku Latifah memaksa dia dan ibunya pergi meninggalkan rumah itu buat selama-lamanya.

PENGANIAYAAN demi penganiayaan melontar dirinya jauh ke dalam dunia Zafran dan ayahnya, Bustaman. Kerana mahu menyelamatkan diri, dia terpaksa menukar identiti diri dan hidup sebagai adik Zafran. Tetapi hidup bersama Zafran rupanya lebih sukar bila hati Zafran mula terpaut. Sedangkan rindunya pada Nashriq Adli ibarat air yang tidak putus mengalir. Dan setiap rindu yang dirasakannya dilakar dengan air matanya.

APAKAH perlu dia meleraikan dendam demi cinta? Atau haruskah dia melupakan cinta untuk menuntut kembali apa yang telah dirampas darinya?
.........................................................................................................

Setelah berada di luar negara selama dua belas tahun, Nashriq pulang untuk mencari sendiri adik yang telah lama hilang. Raihana bukanlah adik kandungnya tetapi anak kepada pemandu arwah bapanya Zainal Ikram. Misteri pembunuhan Zainal Ikram juga masih menjadi tanda tanya bagi Nashriq. Walaupun semua mengatakan Munif sebagai pembunuh ayahnya tetapi Nashriq tetap ingin mencari Raihana dan ibunya yang telah lama hilang. Rupa-rupanya ada skandal besar yang sengaja disembunyikan di sebalik pembunuhan itu.

Di dalam pencariannya, dia menemui Duha Maisarah yang bermasalah dengan bapanya seorang kaki judi. Entah kenapa hati Nashriq melekat pada Duha Maisarah tanpa mengetahui siapakah gadis itu sebenarnya. Duha Maisarah terperangkap di antara cinta Nashriq dan Zafran. Namun hatinya berat mengatakan Nashriq lebih mendapat tempat di hatinya walaupun telah banyak kali hatinya dilukai Nashriq.

Engku Iskandar pula tidak menyenangi Nashriq yang mengambil alih peneraju syarikat Mega Timur Construction. Selama ini dialah yang berkuasa dan boleh berbuat sesuka hatinya ke atas kewangan di syarikat itu. Hasrat hati untuk mengambil alih Mega Timur menjadi miliknya tidak kesampaian bila Nashriq dan Erman dapat menghidu niat tak baiknya. Dalam pada itu Engku Iskandar juga mengesyaki Duha Maisara adalah Raihana yang disangkanya mati kemalangan dua belas tahun yang lalu. Akan terungkapkah rahsia lama yang cuba dikuburkan oleh Engku Iskandar dengan kehadiran Duha Maisarah dan Nashriq? Bacalah novel ni kalau nak tahu.

Saya kira saya menyukai karya Anita Aruszi kali ini. Sebuah cerita cinta disulami dengan misteri pembunuhan dan perebutan harta yang berjuta boleh dikatakan suspen lah jugak. Garapan penulis kali ini lebih kemas, teratur dan menarik. Cuma saya dapati terlalu banyak ungkapan 'mata tidak berkelip' yang penulis gunakan di dalam novel ini. Namun itu tidak sedikit pun menjejaskan penghayatan membaca. Untuk peminat Anita Aruszi, novel ini semestinya memberikan kepuasan.

Oh ya, saya ada membeli satu lagi novel karya Anita Aruszi keluaran Fajar Pakeer yang bertajuk Hujan Rindu. Setelah habis membaca novel ini terasa teruja pula untuk membaca novel penulis ini yang seterusnya.

ULASAN:-
NOVEL BERUNSUR TRILLER DAN MISTERI.....SEHINGGA SAYA RASA TERUJA UTK MEMBACA NOVEL YG SETERUSNYA YG DI KARANGKAN OLEH NOVELIS TERSEBUT.....

 


Karya : Anita Aruszi
Penerbit : Fajar Pakeer
Terbitan : 2009


Kerana kasih dan sayang seorang anak kepada ibunya, Anum Dahlia yang dilahirkan dan dibesarkan di luar negara sanggup menjejaki keluarga ibunya di Malaysia sehingga dia sanggup mengenepikan kepentingannya sendiri. Sanggup meredah beribu-ribu kilometer untuk menunaikan harapan dan impian ibunya yang sedang terlantar koma.

Anum Dahlia, seorang cucu yang mendambakan kasih sayang daripada datuk dan neneknya yang selama ini tidak pernah ditemuinya. Sebuah kisah tentang cinta yang hilang di bumi kelahiran, tapi ditemui pula cinta seorang lelaki milik Yuzer Taufik, di sebuah negara asing.

Tegas dalam keputusan dan berani menjejak kisah silam ibunya di sebuah negara yang tak pernah dijejakinya selama ini, Anum Dahlia menyamar sebagai seorang pelajar yang mahu membuat kajian tentang seni silat Melayu, membuatkan dia bertemu Tok Anjang, datuknya.
..............................................................................................................
Satu lagi karya Anita Aruszi yang pasti tidak mengecewakan peminatnya. Bagi saya garapan cerita dan watak dalam novel ini tidak kurang hebatnya lebih kurang sama dengan Rembulan Berdarah. Cumanya jalan cerita kali ini lebih tertumpu kepada kekeluargaan dan kasih sayang.

Anum Dahlia walaupun dilahirkan dan menetap di Amerika tetapi mendapat didikan dan ajaran orang Islam Melayu dari ibunya. Fasih berbahasa Melayu pula. Ternyata Anum Dahlia adalah seorang anak yang baik sehingga sanggup dia menjejaki datuk dan neneknya di kampung yang asing demi untuk menyatukan kembali hubungan kekeluargaan yang telah putus.

Anum Dahlia menyamar sebagai seorang pelajar dari luar negara datang ke kampung itu untuk membuat kajian tentang Silat Cekak. Di sana Anum Dahlia mengenali ayah dan ibu kepada ibunya, adik beradik, sepupu yang juga bekas tunangan ibunya. Sementara penduduk kampung juga gempar dengan kehadiran Anum Dahlia yang bagi mereka amat mirip kepada Sufiyah, anak perempuan Tok Anjang yang telah melarikan diri di malam perkahwinan berpuluh tahun dahulu. Walaupun beberapa kali ditanya mengenai orang tuanya, Anum Dahlia berkali-kali terpaksa berbohong untuk menafikan bahawa dia adalah anak Sufiyah.

Di kampung itu Anum Dahlia tinggal di rumah Tok Anjang. Pada mulanya agak sukar untuk menyesuaikan diri di rumah datuknya sendiri apatah lagi bila melihatkan Tok Anjang seorang yang tegas dan nampak bengis. Tapi lama kelamaan perhubungan mereka menjadi mesra dan ada perasaan sayang yang hadir di dalam hati Nek Jah dan Tok Anjang terhadap Anum Dahlia. Suatu pembohongan tetap pembohongan dan tidak akan selamanya dapat ditutup. Suatu hari semasa mengemas di bilik Anum Dahlia Nek Jah telah terjumpa foto-foto Sufiyah di lipatan dairi milik Anum Dahlia. Sangkaan dan gerak hatinya selama ini yang menyatakan Anum Dahlia adalah cucunya hampir menjadi kenyataan.

Anum Dahlia juga menjadi perhatian Yuzer, anak kepada bekas tunangan ibunya. Perkenalan yang tak disengajakan semasa bertembung di lapangan terbang rupanya bersambung ke kampung halaman dan gelanggang silat Tok Anjang. Haa... di sinilah bermulanya kisah percintaan di antara mereka. Penulis mengekalkan style percintaan main tarik tali seperti karyanya yang sudah-sudah membuatkan saya merasa ianya agak stereotype. Watak hero masih lagi penuh ego dan kontrol macho di depan wanita, suka mendera heroin sementara heroin pula seorang yang pasrah bila didera hero. Saya terbayang watak Nashriq dan Duha Maisarah di dalam novel Rembulan Berdarah. Ternyata ada persamaan. Saya harap kalau boleh di lain karya penulis dapat mengubah jalan cerita percintaan ini supaya ianya membawa kelainan yang tersendiri dan menjadi lebih menarik.

Apa-apa pun saya ucapkan syabas kepada penulis kerana karyanya yang menarik dan semakin mendapat perhatian ramai.





Category:Books
Genre: Romance
Author:Anita Aruszi
Sakti Cinta
Penulis: Anita Aruszi
Terbitan iBook


"Ada air jernih bergenang di kelopak matanya saat itu.
Ingatannya terhadap Diazey tidak pernah surut"


Misteri besar dalam karya Anita Aruszi kali ini adalah persoalan hati dan cinta terlarang yg mekar berbunga di hati Diazey dan Dina Azura. Memandangkan saya pernah membaca karya2 penulis ini sebelum ini, saya sekadar mengagak cerita ini happy ending dan tentulah ada pertalian lain yg tersembunyi di antara Diazey dan Dina Azura dan mereka sebenarnya bukan adik beradik.


Laluan utk mengetahui kebenaran itu bukannya singkat dalam kisah ini, banyak lapisan misteri yang disingkap Penulis dengan baik dan teratur membuatkan kita takkan lepas novel ini hingga ke helaian terakhir.


Bukan hanya soal hati yang perasaan dimainkan penulis ini. Seperti karyanya yg saya dah baca sebelum ini, sentuhan thriller tetap diberikan melengkapkan trademark Anita Aruszi yang menjadi punca cerita2nya menarik perhatian saya. Tahniah buat penulis ini kerana berjaya menvariasikan ceritanya dengan baik sekali.


Chemistry yg wujud antara Diaz dan Dina membuatkan kita mahu menyingkap kisah sebenar mereka. Diaz awal2 lagi sudah maklum mengenai status sebenar Dina dalam keluarga kecil mereka. Disebabkan itu dia sebenarnya berusaha keras utk merahsiakan apa yg dirasanya dari pengetahuan Dina. Rahsia itu menjadi beban pada Diaz apabila cinta berbunga di hatinya buat Dina.


Sikap Diaz membuatkan Dina merasakan Diaz tak sayangkan dia sebagai adik. Dia juga mempersoalkan hatinya sendiri yang jatuh cinta dgn abang sendiri.


Diaz menghilang dari hidup Dina sbg hukuman pada diri sendiri yang ada niat tak baik pada Dina dan 15 tahun kemudian, dia muncul semula dan kedua2 mereka sedar perasaan 'cinta tak terucap' masih dan semakin mekar dalam jiwa mereka.


Diaz sebenarnya tak buat apa2 utk membongkar perkara sebenar kpd Dina kerana dia lebih bimbangkan perasaan ibunya sekiranya Dina pergi setelah mengetahui kisah sebenarnya.


Dina terkejut apabila suatu hari dia berdiri di hadapan sebuah pusara yang jelas tertera namanya di batu nisan. Peristiwa itu menjadi lembaran pertama buat Dina untuk menyingkap rahsia sebenar kewujudannya dalam keluarga Hisyam, Zuraini dan Diazey.



sinopsis/blurb:


Dina Azura membuka matanya perlahan-lahan. Ada air jernih bergenang di kelopak matanya saat itu. Ingatannya terhadap Diazey tidak pernah surut... Sejak dia menjejakkan kaki ke bumi Detroit, hanya beberapa kali Diazey menghubunginya. Itupun lelaki itu lebih byk bercakap dgn mamanya. Selepas itu panggilan Diazey tak pernah muncul lagi.


"Diaz perlukan masa untuk bersendirian, Dina. Sepanjang kes itu berlangsung, saya lihat dia tenang. Tapi saya tahu, jauh di sudut hatinya, dia menyimpan kecewa. Mana mungkin dia tidak berasa bersalah kerana menuduh ayah sendiri. Jika saya di tempatnya, mungkin saya tak mampu melakukannya." Kata-kata Johan siang tadi singgah semula di gegendang telinganya. Dia melepaskan keluhan berat. Terasa perit dadanya mahu bernafas, sedang kepiluan semakin bercambah di hatinya. Dan untuk beberapa ketika, dia termenung sendirian di situ sehingga terlelap.

ULASAN;-
 SALAH SATU NOVEL YG SAYA GEMARI.....TAK JEMU MEBACANYA WALAUPUN DAH DI BACA UTK YG KEBERAPA KALINYA.....ADA UNSUR KEKELUARGAAN DAN KONFLIK YG BERLAKU DI DLM INTITUSI KEKELURGAAN.....SERTA SERBA SEDIKIT MENGENAI DINA YG AGAK MISTERI LATAR BELAKANGNYA YG CUBA DI SEMBUNYIKAN DARINYA....BEST...SATU LAGI NOVEL YG MENARIK HATI PARA PEMBACA...DAN SAYA SENDIRI....^_^


Kasihku Arina ~ Mazni Aznita


 
SINOPSIS:-
 
Kehilangan adiknya di Chayi di Filipina membuatkan Arina separuh gila mencari adiknya. Namun halangan demi halangan yang ditempuhinya dengan pihak polis Manila dan kedutaan Malaysia membuatkan dia hampir kehabisan ikhtiar sehinggalah dia dipertemukan dengan seorang lelaki bernama Alwiz. Demi keselamatan Chayi, dia terpaksa merelakan dirinya berada di bawah kawalan lelaki itu dan terpaksa mengaku Alwiz sebagai tunangannya di hadapan anggota keluarganya yang lain.
Tapi tanpa diduga, kedatangan Alwiz ke dalam hidupnya lebih dari sekadar apa yang difikirkannya. Dia mula mengenali kisah silamnya yang telah dimomokkan oleh ibunya sendiri, Magdalena Anna. Lebih menyukarkan apabila dia mendapati dirinya mula jatuh cinta dengan Alwiz.
Siapakah Alwiz yang sebenarnya dan kenapakah lelaki itu menculik adiknya? Apakah dia mampu menahan dirinya dari jatuh cinta pada penculik adiknya sendiri? Apakah rahsia yang menyelubungi hidupnya sehingga mengorbankan nyawa orang-orang yang disayanginya?
 
ULASAN:-
BEST NOVEL NI NOVEL BERUNSURKA SAIN FICTION.../FANTASI.....PLOT2 YG MENARIK.....DAN JALAN CERITANYA PUN OK....SERTA TAK MENGECEWAKAN PARA PEMBACA.....^__^
 

MUNGKIN NANTI - ANITA ARUSZI


MUNGKIN NANTI - ANITA ARUSZI

Aqila Murni membesar tanpa seorang ayah. Juga terpaksa menjaga seorang ibu yang menghidap penyakit berbahaya. Lebih malang lagi, dia dilahirkan dengan kecacatan penglihatan akibat kesilapan si ibu. Dunia yang sepatutnya indah dan berwarna-warni, menjadi kelam dan sunya di matanya. Namun dia memilih untuk membahagiakn orang lain kerana katanya, memaafkan itu lebih mudah daripada membenci!

Nadzihar Hakim, anak muda berperwatakan serius. Membenci wanita lantaran masa silam yang menyakitkan. Meskipun nampak dingin di luar, namun hatinya tetap rapuh di dalam. Lalu Zahar memilih untuk membenci kerana katanya, membenci itu lebih baik daripada jiwa terseksa!

Lalu di bawah langit biru mereka bertemu.

Aqi melihat Zahar sebagai objek indah yang cukup berbeza dan dikagumi. Namun Zahar memandang Aqi dengan rasa benci yang tidak bersebab. Lantas apakah ada peluang untuk mereka menyemai benih rasa yang memungkinkan sayang? Di mana permulaan dan pengakhiran kisah mereka andai kedua-duanya mempunyai dua persepsi berbeza tentang cinta dan kasih sayang?

Atau mungkin nanti.. Hati yang su
nyi akan dicuri dan jiwa yang rapuh takkan membenci lagi. Mungkinkah?
 
 
ULASAN:-
NOVEL YG PENUH DGN NILAI MOREAL YG TINGGI...DAN KETABAHAN HATI SEORG INSAN YG BERGELAR ANAK YATIM .....SERTA KEKURANGGAN YG DI ALAMINYA....TIDAK MEMATAHKAN SEMANGATNYA.....BEST.....NOVEL NI....DAN SYABAS BUAT PENULIS KERANA MAMPU MENGHASILKAN NOVEL TERSEBUT....^_^
 
novel sayangku casper mazni aznita
Setelah selesai, aku baca novel Sayangku Casper . Novel karya Mazni Aznita yang juga merupakan penulis novel Kasihku Arina benar-benar menarik perhatianku untuk membacanya.
Novel Sayangku Casper ni menduduki ranking ke-2 dalam senarai top 10 novel terbitan Buku Prima. Novel ni mula diterbitkan bulan September 2011. Sehingga Januari 2012, sudah 3 kali novel ini dicetak. Ilustrasi kulit novel pun menarik. Dah baca novel ni baru tahu, simbolik yang  cuba digambarkan dalam ilustrasi kulit novel ni.
Kalau terus review je, nanti korang blur pula kan. So baca sinospsis novel Sayangku Casper ni dulu lah, ya.
Tia Adila gadis yang sering dibuli emak dan kak tirinya. Demi amanat si granny, Tengku Rafique, seorang anak muda sampai ke Kuala Lumpur untuk mencari cucu Madame Marianne yang hilang sejak kecil. Adelia de Casper mahu segera dijejaki untuk menghalang niat jahat daddynya. Kerana tidak tahan dengan perbuatan emak tirinya, Tia Adilia mengambil keputusan melarikan diri. Bukan dekat tapi ke Paris! Tak disangka-sangka Tengku Rafique juga menaiki penerbangan yang sama ke Paris lalu bermulalah perjalanan Tia Adilia yang penuh dengan kejutan, kebahagiaan dan cinta yang tidak lagi berakhir sepantas angin.
- – - – - – -
Zaman moden macam ni pakai prepaid lagi ke? Miskin betul!. Tinggal seringgit pula tu. Nak buat calling macam mana ni?. ~ Tengku Rafique.
Tia Adilia terpanar. Panas hatinya mendengar kata-kata lelaki itu. Ingat aku ni sengkek sangat ke?. Tolong sikit, ya!. Kalau semua penculik-penculik di Kuala Lumpur kenal siapa ayah aku, berderet-deret mereka semua nak menculik aku untuk menuntut tebusan. Masa tu baru kau tahu. ~ Tia Adilia.

ULASAN:-
NOVEL TERKINI DARI PENULIS BEST SELLER DEDALU DI HATI....DAH BACA DAH BEST DAN MENARIK....PLOT CERITA YG DI GARAPKAN AGAR TERATUR DAN TIDAK MENGECEWAKAN PARA PEMBACA....^_^

Venom Suria 2012

LATES NOVEL
Jeng-jeng..selepas menunggu dalam penantian, maka keluar juga baby ini tahun ini. Sebenarnya aku memang rasa berbaloi sangat dan puas hati dapat terbitkan buku ini. Bayangkan 4 tahun menulis then berhenti, lepas tu menulis lagi. Menulis kisah cinta memang senang, menulis kisah thriller cinta juga lebih senang walau adakalanya sukar. Tapi Venom Suria benar-benar mencabar kesabaran, membuatkan airmata aku menitis kerana hampir putus asa dan membuatkan aku buat research lebih banyak dari novel-novel lain. Dan bila ia diversicetakkan, hanya Allah sahaja yang tahu betapa aku lega. Aku happy dan yang seterusnya terserahlah kepada pembaca untuk menilai.

Sejujurnya aku tak mengharapkan Venom Suria untuk menempa kejayaan Sayangku Casper yang kini hampir mencecah ulangcetak 7 kali dalam tempoh 8 bulan di pasaran. Ini kerana aku tahu Venom Suria bukan kisah cinta ringan-ringan yang digemari remaja, bukan juga kisah kahwin paksa yang 'hot' sepanjang masa. Tapi ia sebuah kisah yang istimewa di hati aku. Kisah tiga watak yang saling berkaitan dengan masa silam.Gabungan thriller+misteri+mistik dan cinta menjadi elemen utama di dalam Venom Suria. Aku tahu ramai yang mengharapkan aku menulis sebuah kisah cinta yang sama seperti dulu, malah pihak penerbit sendiri menasihati agar aku tak mengubah genre tulisan aku kerana dikhuatiri peminat lari barangkali..haha..tapi sebenarnya aku tak berkecil hati dengan permintaan itu, malah merasa seperti ada yang sayang pada aku kerana memberi pendapat begitu..haha tapi u know me..hehe aku dah declare nak jadi penulis serba boleh. Tagline aku : Aku Boleh Menulis Apa Sahaja Genre...what do you think? hehe..

so inilah Venom Suria yang akan menjadi pembuka tirai tahun 2012

SINOPSIS

Suria seorang wartawan yang periang dan berdedikasi. Dibesarkan oleh ayah tanpa ibu di sisi menjadikan dia berani dan sentiasa yakin dengan dirinya. Sebuah kes luarbiasa yang berlaku di ibukota membuatkan dia obses mahu merungkai misteri di sebalik kes tersebut. Namun semua ini menemukan dia dengan dua lelaki berbeza watak dan takdir.

            Izwan, seorang anggota polis yang bersifat panas baran dan tegas. Kecewa dengan kematian isterinya membuatkan dia lelaki yang penuh dengan prasangka dan dendam yang membuak-buak. Namun pertemuannya dengan Suria, membuatkan lagaknya terkalahkan. Dia hilang suara setiap kali bertingkah kata dengan gadis yang sentiasa mahu menang itu.
Nazrul Aliff seorang yang sentiasa tenang, tetapi murah dengan senyuman. Tetapi tidak ada sesiapa yang menyangka hidupnya lebih rumit dari rupanya. Hidup sebagai lelaki terpilih menjadikan dia derita dalam diam. Lagi-lagi tugas yang harus dipikul memaksa dia menjadi pembunuh. Tapi mampukah dia? Lagi-lagi yang harus dibunuh kini sudah melekat di hati memarakkan cinta yang kian dalam.

Ketiga-tiganya bertemu, hanya untuk membuka sebuah lembaran kisah zaman berzaman. Kisah sumpahan dua keluarga tetapi berlainan rentak. Kisah ini harus diakhiri sebelum membuka kisah baru. Tapi apakah cinta mampu mengalahkan kejahatan? Atau jiwa akan luluh ditelan kegelapan?

ULASAN:-
SAYA ADA MENGIKUTI BLOG NOVEL NI.....MEMANG BEST DAN TAK SABAR NAK MEMBELI NOVEL NI......DAN DAH TENTU SAYA INGIN MELENGKAPKAN KOLECTION NOVEL DARIPADA PENULIS ANITA ARUSZI NI..... ^_^

DAN KHAS BUAT PENULIS NOVEL ANITA ARUSZI/MAZNITA AZNITA......

SEMOGA ANDA DAPAT ,MENGHASILKAN NOVEL2 YG LAGI BEST DAN MELETUP UTK LAIN KALI.....SUKA NOVEL YG ANDA GARAPKAN.....SAYA AKAN SENTIASA MENANTIKAN PENGHASILAN NOVEL SETERUSNYA DARI ANDA......AJA...AJA...HWAITING......^____^

No comments:

Post a Comment