ITULAH.....ORG KATA...JANGAN KATA...TAK....TAK...NATI.....TERJATUH...PULAK.....
JANGAN SALAH PAHAM YA...BUKANNYA...JATUH...KATIL KE....JATUH...CINTA...KE...TETAPI.....SAYA TELAH TERJATUH...SUKA KAT NOVEL NI.....
WA...A..A..A CAM GEMPAK JE....TAPI ITULAH YG DAPAT SAYA GAMBARKAN TENTANG DIRI SAYA...SEKARANG NI.....
NAK TAHU NOVEL APA......???? NANTI SAT....SAYA BAGI TAU...EK....
WITH BIG SMILE.......^__________&
CHENG...CHENG...CHENG.....DGN INI SAYA MEMPERSEMBAHKAN....NOVEL YG SAYA MAKSUDKAN TU......
1.PROJEK MEMIKAT SUAMI....
HARGA
Semenanjung : RM21.00
Sabah/Sarawak : RM24.00
SINOPSIS:
NAWWAL
HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia
dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna
bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk
bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.
“Jangan
menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak
sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya
setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak
dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will
regret what you have done today.” – Zahrain Alimin
Hidup
berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari
kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.
“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna
“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla
Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?
“Sayang...
Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk
sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love.
Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin
Apabila
mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu
dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak
bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah
tangga bahagia!
.............................................................................
DI DLM NOVEL NI ADA PRO DAN CONTRAS NYA....JADI KITA PANDAI2 LAH MEMBEZAKAN YG BAIK...DAN YG BURUK.....KALAW BAIK DI JADIKAN TAULADAN DAN BURUK ITU...JAUHKAN...LAH....DARIPADA KEHIDUPAN HARIAN KITA....ITU JE...SAYA DAPAT KOMEN....
TAJUKNYA AGAK....PELIK..DAN...UNIT...IALAH...MANA ADA ORG BUBUH...TAJUK NOVEL ....TERANG-TANGTANG LAGI TU....MUNGKIN ITU YG MENJADI DAYA TARIKAN UNTUK NOVEL TERSEBUT....
SAYA BAGI....4/5 BINTANG....
2.PROTECT THE BOSS...
Semenanjung : RM18
Sabah/Sarawak : RM21
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online )
Tengku Hafifi Hafiz - Nurafifah Alia Aqilla? Gadis yang brutal. Hobi utama, ‘melipat’ orang. Jika diberi pilihan, dia lebih rela digelar teruna tidak laku daripada bergelar suami kepada perempuan yang sering membuatnya meluat dan benci!
Nurafifah Alia Aqilla - Tengku Hafifi Hafiz? Meskipun semua lelaki sudah pupus, hatinya tidak akan sesekali menerima pencinta wanita tegar seperti Tengku Hafifi Hafiz! Muktamad!
Tengku Adam Haizrill. Seorang lelaki yang setia akan cintanya terhadap Alia, adik angkatnya sendiri. Fif seolah-olah pantulan wajah Alia. Fif menjadikannya seorang lelaki yang tidak pernah kenal erti cukup dalam hidupnya.
Tetapi dapatkah mereka menolak takdir? Kehidupan rumah tangga yang bermula dari pelbagai kenangan pahit bertukar menjadi manis dari hari ke hari…
“Jet’ aime!”
“Hah, Jeti Amer?” Aku dah ketawa sakan. Apa masalah Hafiz pagi-pagi ni? Dia nak mengajak aku memancing di jeti ke?
Ketika sedang asyik dilamun cinta yang membara… Mereka diuji dengan dugaan yang hampir-hampir memusnahkan masjid yang sudah kukuh dibina.
“I love you. Tu maksudnya, kan? Fif langsung tak menyangka lelaki yang sombong, berlagak bagus, gedik, buaya antarabangsa dan tak berapa nak kacak ni jadi suami Fif.” -Nurafifah Alia Aqilla
“Abang lagi tak jangka yang abang akan jatuh cinta dengan perempuan yang bersikap macam tomboy, kaki rempit, minah karate, pemilik mulut yang dah mati insuransnya dan tak berapa nak cantik!” - Tengku Hafifi Hafiz
Dapatkah mereka bersama sehingga ke akhirnya? Adakah takdir bakal menyebelahi mereka? Ikutilah kisah suka, duka, romantis dan lucu dalam... Protect The Boss.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TAJUK NOVEL NI CAM DRAMA KOREA YG BARU MAIN PADA TAHUN LEPAS ....TAPI...JALAN CERITANYA LAINLAH.....TAJUK JE YG SAMA....NOVEL NI OK GAK.....BOLEH DI JADIKAN NOVEL YG SESUAI...UTK KITA BERSANTAI...DAN...RELAXKAN MINDA...TAK TERLALU BERAT....TETAPI LEBIH KEPADA HUMO.....DAN PENJALANAN CERITANYA....OK....DAN MENARIK....
SAYA BAGI 4/5...BINTANG....
3.YESS.BOSS
Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke
Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman
yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.
Berkat
‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat
jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof,
rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk
Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.
Selain
menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki
menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk
bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita
bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib
dijawab dengan:- Yes, boss!
Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh
pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin
rapat.
Hati
dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana
telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian
makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.
Dan
bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia
sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan
setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.
Berjayakah
Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang
hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi
pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BEST NOVEL NI...SAYA DAH PUN BACA....SAMA CAM NOVEL PROTECT THE BOSS.....JALAN CERITANYA..SEAKAN-AKAN JE...TETAPI...FUNNY.....SESUAI BAGI SESIAPA YG SUKAKAN ...NOVEL JENIS GENRE RINGGAN....
SAYA BAGI 4/5...BINTANG
OK LAH ITU JE NOVEL YG SAYA NAK KOGSIKAN..... KALAW ADA MASA SAYA AKAN UPDATE NOVEL2 YG LAIN LAK...K.....^________^
No comments:
Post a Comment