OK....SAYA NAK....BUAT REVIEW NOVEL YG SAYA DAH PUN BACA DI ANTARANYA IALH SEPERTI BERIKUT.
1.CHAN RAK TER.....AKU CINTA KAMU
-NOVEL YG MENGISAHKAN TENTNAG PENGALAMAN SEORG PENULIS YG MENHADAPI PELBAGI RAJAU SERTA RINGTANGAN SERTA KECEMASAN YG TERPAKSA BELIU TEMPUHI KETIKA BERADA DI NEGARA GAJAH PUTIH/THAILAN.
TUJUAN DIAN KE NEGARA THAI ADALHA UTK MENYIAPKAN NOVEL YG BAKAL DI TERBITKAN .DI SITILAH TITIK PEMULAAN PERKENALAN DIAN DGN SEORG LELAKI BERWARGA THAI YG AKHIRNYA MENJERUSKAN DIAN DI DLM KEADAAN BAHAYA.
“Kadangkala kita ingin sekali meneka, menduga dan mengubah suratan yang
terhampar di hadapan mata. Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya
yang tidak terduga?”
Antara Dian Damia dan Karn Klaharn,
pertemuan mereka yang istimewa melahirkan sebuah persahabatan yang
bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian, Karn ialah
peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, Dian ialah teman yang
menyenangkan hatinya.
Namun siapa sangka satu tragedi akhirnya memusnahkan segala-galanya.
Kerana masa yang salah, tempat yang salah dan bersama orang yang salah,
Dian akhirnya terjebak dalam satu konspirasi yang tidak pernah langsung
terlintas dalam fikiran warasnya.
“You’re more than just Karn Klaharn. Siapa… Siapa sebenarnya awak? Apa
awak nak daripada saya? Kenapa saya mesti terbabit dengan semua ini?!”
– Dian Damia
Kerana dia, Dian Damia yang menerima akibatnya. Kerana dia, Dian Damia
takkan pernah tersenyum lagi. Dan untuk itu, dia akan membetulkan
segala-galanya. Walau apa cara sekalipun yang harus dia lakukan, tidak
akan sekali-kali dia teragak-agak. Yang penting, Dian harus
diselamatkan!
“Izinkan saya jaga awak… Izinkan saya lindungi awak, Dian…” - Karn Klaharn
Dalam usahanya ‘menyelamatkan’ Dian, tanpa sedar hati lelaki Karn
Klaharn mula berkocak hebat. Inikah yang dinamakan cinta? Namun
bagaimana kalau rasa cinta ini akan membawa Dian ke penghujung nyawanya?
Mampukah Karn menyelamatkan pemilik hatinya sebelum segala-galanya
terlambat? Apa pula yang akan terjadi tatkala Krissada muncul di antara
mereka berdua? Sungguh! Antara cinta dan nyawa, mungkinkah ada yang
menjadi korban?
“Tangan ni dah pernah rampas nyawa manusia lain. Dan saya takkan
teragak-agak untuk buat perkara yang sama demi Dian Damia.I would do
anything for her...”
SAYA BAGI 5 BINTANG TOK NOVEL NI.....^________^
2.
KISAH NAZ DAN KHAALISH - HANNA ABDULLAH
OK GAK NOVEL NI KALAW BACA DARI TAJUKNYA JE CAM BEST...TULAH TELAH MEMIKAT HATI SAYA UTK MEMBACA NOVEL NI.
BERKISAHKAN SEORG GADIS YG TERPAKSA MENJADI TUNANG TEKNIKAL /SEMENTARA GARA2 UTK MEMUTUSKAN HUBUNGAN KHAALISH DGN GADIS YG TAK DI SUKAI OLEH IIBU KHAALISH.SELAIN ITU JUGA TERDAPAT PENGAJARAN YG KITA PEROLEHI DLM NOVEL DAN NOVEL NI BOLEH DI KATOGORIKAN HUMO-ROMANCE...
SESUAI DI BACA KETIKA ISTIREHAT.....DAN MENGHILANGKAN STRESS ...
SIGEK NJOYLAH...YA.....
PERTUNANGAN empat
tahun dulu memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan Nazrahani
Idora dan Zaim Khaalish. Walaupun Naz sudah bergelar status tunangan
lelaki itu, namun dia tidak pernah bertemu muka dengannya. Khaalish pula
tidak pernah ingin mengetahui tentang perempuan itu, yang difikirkannya
hanyalah Ilsa.
Naz cuba melupakan peristiwa itu dengan membawa diri, merantau serata
dunia. Namun kenapa Allah temukan dia semula dengan lelaki itu?
Dek jatuh hati dengan tunang ‘teknikal’nya, Zaim Khaalish sanggup terbang ke merata pelosok alam untuk menjejak si dia.
“Encik Zaim Khaalish, awak jangan nak merepek. Tunang amende? Empat
tahun tak ambil pusing, jumpa di Bali pun awak tak kenal saya, you dare
to say that we are still engaged?”
“Empat tahun ke lapan tahun, saya tak peduli. Technically, we are still engaged.”
“Technically? Technically?!”
Semenjak itu, entah kenapa, Khaalish asyik mencari dan terus menjejaki
Naz. Di mana saja Naz berada, dia pasti akan ada di situ. Naz pula,
mulut saja kata tak suka, tapi sebenarnya hati suka kerana kehadiran
Khaalish di sisi selalu mengubat rasa sunyi dan rindu…
Reham: “Huh, pengecut! Nutter! Apa erti hidup jika kita takut nak kejar
kebahagiaan? Kalaupun gagal, sekurang-kurangnya awak sudah mencuba dan
boleh reda dengan ketentuan Tuhan. Kebahagiaan datang mengetuk di pintu
awak, tapi awak yang takut hendak buka.”
Nazrahani Idora: “Reham, awak tak tahu, empat tahun lalu, teruk saya
cuba bangun semula, bina keyakinan diri, bina hidup yang baru, di mana
tak ada lagi lelaki yang boleh buat saya rasa tak ada nilai diri. Kalau
saya cuba sekali lagi dengan dia, dan... dan... gagal… Saya rasa saya
takkan mampu bangun sekali lagi.”
SAYA BAGI 5 BINGTANG TOK NOVEL NI..*_____&
3. I LOVE YOU CIKGU.
BACA DARI TAJUKNYA JE KITA DAH TERTARIK APA LAGI KALAW NAK MEMBACANYA.NOVEL NI MENGISAHKAN...KESETIAN SEORG LELAKI YG BERNAMA Chan Chee Hong alias Muhamad Nur ImanTERHADAP SARA RAIHANA YG MERUPAKAN SALAH SEORG CIKGUNYA DI SEKOLAH.
TERDAPAT BANYAK DUGAAN YG TERPAKSA SARA TEMPUHI DI MANA DI HARI PERSANDINGGANNYA....SARA KEHILANGGAN INSAN TERSAYANG (SUAMI YG BARU SAHAJA DINIKAHI) DAN SECARA AUTOMATIK SARA MEMEGANG TITEL BALU.LAIN PULA DGN CHAN CHEE HONG YG MERUPAKAN ANAK MURID SARA YG SECARA SENYAP2 MENARUH HATI DAN PERASAAN KEPADA GURUNYA.NOVEL INI DI KATOGORIKAN ROMANYIK....
Sinopsis
Kehadiran Sara Raihana, seorang guru baru di sebuah sekolah menarik
minat Chan Chee Hong alias Muhamad Nur Iman untuk mendekati dan menawan
hatinya. Kejadian malang yang menimpa Sara Raihana menambah rasa simpati
dan kasih Iman terhadapnya. Pelbagai usaha dilakukan untuk memikat Sara
Raihana. Bagi Sara Raihana, Iman hanyalah pelajar dan adik angkatnya
sahaja. Cintanya telah berkubur bersama-sama jasad orang tersayang.
Fitnah yang melanda hubungan mereka membuatkan Sara Raihana malu dan
mulai menjauhkan diri daripada Iman. Iman terpaksa menyimpan hasratnya
untuk memiliki gadis idaman sehinggalah dia telah berjaya bekerja.
Kehadiran Farid telah membuka satu dimensi baru dalam hidup Sara
Raihana. Adakah Sara Raihana akan menerima pinangan Farid dan melukakan
hati Iman? Adakah Iman berjaya memiliki gadis idaman hatinya?
Berbaloikah sebuah penantian?
SAYA BAGI 5 BINGTANG ^___________%
4.AKU SUKA DIA
SAYA PERNAH MENGIKUTI BLOG PENULISNI..DAN DAH PUN BACA SERBASEDIK JALAN CERITANYA.NOVEL NI BEST SESANGAT...SAYA SUKA AKAN PEROLAHAN NOVEL NI
NOVEL NI PUN SAMA GAK DGN NOVEL I LOVE YOU CIKGU BERJENRE KAN ROMANTIK...DAN JALAN CERITANYA SANTAI SERTA MUDAH UTK DI PAHAMI.
SAYA BAGI 5 BINGTANG TOK NOVEL NI ^________^